ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN II - PERNIKAHAN
Seksyen 12. Pertunangan.
Jika satu pihak telah mengikat pertunangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secara persendirian atau melalui orang perantaraan, dan kemudiannya enggan bernikah dengan pihak yang satu lagi kepada pertunangan itu tanpa apa-apa sebab manakala pihak yang satu lagi itu masih bersetuju hendak menyempurnakan pertunangan itu, maka pihak yang mungkir itu hendaklah
--
(
a
)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dibuat kerana persediaan pernikahan itu jika sekiranya perbelanjaan itu, kerana kemungkiran pertunangan, merugikannya; dan
(
b
)
jika ada memulangkan semua pemberian pertunangan atau nilainya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.