ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Pendapat orang lain bila berkaitan



Seksyen 33. Pendapat Pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab, maka pendapat atas perkara itu dari pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk nasab, maka pendapat atas perkara itu dari pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab adalah qarinah.

(2) Orang yang seumpama itu adalah dinamakan pakar.

(3) Seboleh-bolehnya dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika pendapat dua orang pakar bertentangan maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.