ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 78. Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khas.

Apabila sesuatu fakta adalah diketahui secara khas oleh seseorang, beban bagi membuktikan fakta itu terletak atasnya.

MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan sesuatu niat yang lain daripada niat yang dibayangkan oleh jenis dan hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu adalah terletak atasnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.