ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - AM



Seksyen 117. Tegahan terhadap gangguan.

(1) Mahkamah adalah berkuasa dalam masa pembicaraan hal-ehwal suami isteri masih berjalan atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah atau dikri perceraian, fasakh atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya dari mengganggui atau mencerobohi dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isteri.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.