ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 113. Mentafsirkan keterangan kepada yang dituduh.

(1) Jika mana-mana keterangan diberi dalam bahasa atau isyarat yang tidak boleh difahami oleh orang yang dituduh itu, dan ianya sendiri hadir, keterangan itu hendaklah ditafsirkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang ia boleh fahami.

(2) Jika dokumen-dokumen telah dikemukakan bagi tujuan pembuktian, maka ia hendaklah bergantung kepada budibicara Mahkamah untuk mentafsirkannya setakat mana yang difikirkan mustahak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.