ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN II - PENDAFTARAN DAN TIMBALAN-TIMBALAN PENDAFTAR



Seksyen 4. Kewajipan Pendaftar.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan bahawa semua Sekolah Agama Islam di dalam Negeri ditadbir dengan sempurna.

(2) Pendaftar hendaklah sentiasa memaklumi Majlis tentang kedudukan urusan semua Sekolah Agama Islam di dalam Negeri.

(3) Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan daftar semua Sekolah Agama Islam yang didaftarkan di bawah Enakmen ini dan hendaklah direkodkan dalam daftar tersebut butir-butir tentang tiap-tiap sekolah termasuk-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.