ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 13. Kelayakan anggota Jemaah.

(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan untuk menjadi anggota Jemaah itu bukanlah seorang yang layak dan sesuai, maka dia boleh menolak orang itu daripada menjadi anggota Jemaah.

(2) Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1), mencadangkan mana-mana orang lain untuk menggantikan orang itu menjadi anggota Jemaah dan sekiranya Jemaah itu tidak mengemukakan apa-apa cadangan, maka Pendaftar boleh melantik seseorang lain sebagaimana yang difikirkannya layak dan sesuai untuk menjadi anggota Jemaah itu.

(3) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi anggota Jemaah, maka dia boleh mengarahkan Jemaah supaya memberhentikan anggota itu dan apabila menerima arahan itu, Jemaah hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memberhentikan anggota itu dan menggantikan tempatnya dengan seorang yang lain.

(4) Jika Jemaah tidak atau enggan mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (3), maka Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk memberhentikan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk menggantikan anggota itu.

(5) Mana-mana orang yang terhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah dengan segera menyerahkan segala harta, barang, dokumen dan benda lain kepunyaan sekolah agama itu kepada anggota-anggota Jemaah yang ada sekarang.

(6) Jika mana-mana orang yang telah terhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota Jemaah —
maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.