ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 236. Larangan ke atas pegawai Mahkamah.

Tiada seorang pun pegawai Mahkamah boleh menjadi penjamin, atau menandatangani apa-apa resit atau dokumen atau menerima apa-apa wang untuk atau bagi pihak mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di Mahkamah, atau membuat tawaran atau selainnya menjadi pembeli secara langsung atau tak langsung di mana-mana penjualan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.