ENAKMEN 8 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN IV - PENDAFTAR SEKOLAH ISLAM



Seksyen 12. Pendaftaran.

(1) Tertakluk kepada sub-seksyen (2), tiada seorang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Islam melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Semua Sekolah Islam yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.