ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 88. Tempat dan masa penyerahan.

(1) Penyerahan boleh dilaksanakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa siang atau malam.

(2) Penyerahan selepas pukul empat petang hendaklah lazimnya dianggap sebagai telah dilaksanakan pada hari berikutnya.

(3) Penyerahan yang dilaksanakan selepas tengah hari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa pada, hari cuti mingguan atau cuti am hendaklah dianggap sebagai telah dilaksanakan pada hari selepas cuti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.