ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VII - SAKSI-SAKSI



Seksyen 83. Siapa yang boleh memberi syahadah dan Al-Bayyinah.

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan peruntukan seksyen ini semua orang Islam adalah layak memberi syahadah dan Al-Bayyinah dengan syarat mereka hendaklah sempurna akal, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak menimbulkan tohmah.

(2) Seseorang yang bukan Islam layak memberi Al-Bayyinah ke atas seorang Islam jika keterangan itu boleh diterima mengikut Hukum Syarak.

Huraian-huraian
-
(3) Seorang yang tidak bersifat adil yang mana keburukannya mengatasi kebaikannya atau sentiasa bercakap dusta atau rosak akhlaknya adalah tidak layak memberi syahadah.

(4) Apabila orang itu orang bukan Islam ia mestilah boleh dipercayai mengikut agamanya.

(5) Seorang kanak-kanak yang belum baligh boleh memberi Al-Bayyinah tetapi seorang yang baligh yang terganggu atau terencat akal fikirannya adalah tidak layak memberi syahadah dan Al-Bayyinah.

Huraian
-

Keterangan kanak-kanak dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh setengah kanak-kanak, ke atas yang lain selama mana mereka tidak berselisih faham dan masih berada di tempat kejadian itu adalah layak diterima.

(6) Seorang yang dikenali dengan lemah ingatan atau pelupa atau salah ingatan adalah tidak layak memberi syahadah.

(7) Seorang yang diragui kerana hubungan baik yang mempunyai kepentingan dengan pihak yang berkaitan adalah tidak layak memberi syahadah bagi pihak itu.

(8) Seorang yang diragui kerana hubungan buruk dengan pihak yang berkaitan adalah tidak layak memberi syahadah terhadap pihak itu.

Huraian
-

"Adil" ertinya seorang Islam yang termaklum menunaikan kewajipan agama dan menjauhi daripada dosa-dosa.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.