ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 111. Perlantikan Juru Nikah dan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dengan nasihat Raja-dalam-Mesyuarat melantik mana-mana orang Islam yang bermazhab Shafie yang layak dan munasabah menjadi Juru Nikah dan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang-orang Islam.

(2) Kadi Besar bagi Negeri dan Kadi-kadi bagi Daerah-daerah hendaklah menjadi Juru Nikah dan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang-orang Islam dengan sebab jawatannya bagi semua kawasan yang di dalamnya mereka itu mempunyai kuasa dalam perkara-perkara jenayah dan mal.

(3) Pendaftar yang disebutkan di dalam seksyen kecil (1) dan (2) seksyen ini hendaklah berkuasa dan mempunyai hak-hak padanya dan hendaklah menjalankan kewajipannya mengikut kehendak yang diberi oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana kaedah yang diperbuat di bawahnya.

(4) Juru Nikah dan Pendaftar tersebut hendaklah disifatkan sebagai penjawat Kerajaan mengikut takrif Kanun Keseksaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.