ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 109. Kesalahan-kesalahan amil.

(1) Mana-mana amil, setelah menerima atau mengutip zakat atau fitrah, gagal menyerahkan kutipannya atau kira-kira kutipannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah yang membicarakan kes di bawah seksyen ini hendaklah, jika kutipan atau kira-kira atas kutipan itu atau kedua-duanya belum diserahkan lagi, membuat perintah supaya ianya diserahkan kepada Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.