ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - DARIHAL SALAH ATURAN DALAM PEMBICARAAN



Seksyen 192. Ketiadaan rangkaan pertuduhan.


(1) Tidak ada keputusan atau hukuman yang dinyatakan atau diberikan boleh disifatkan tidak sah hanya atas alasan bahawa tidak ada pertuduhan dirangkakan kecuali jika pada pendapat Mahkamah Rayuan Syariah, ketidakadilan telah timbul darinya.

(2) Jika Mahkamah Rayuan Syariah fikir yang ketidakadilan telah ujud dengan ketiadaan rangkaan pertuduhan, ia akan mengarahkan supaya pembicaraan baharu diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.