ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang pekomplot berkenaan dengan rancangan bersama.

Di mana ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah yang boleh diambil tindakan, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas masa bila niat itu mula-mula timbul dari salah seorang daripada mereka, adalah fakta relevan terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi tujuan membuktikan kewujudan komplot dan bagi maksud menunjukkan bahawa sesiapa juga telah menjadi satu pihak dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.