ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TANAH PERKUBURAN



Seksyen 66. Penyelenggaraan masjid dan kawasannya.

(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Pulau Pinang adalah disenggarakan dalam keadaan pembaikan yang sepatutnya dan bahawa kawasannya disenggarakan dalam keadaan kebersihan yang sepatutnya; dan Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan wang khusus bagi maksud pembaikan dan penyenggaraan itu atau bolehlah membayar kos pembaikan dan penyenggaraan daripada Baitulmal.

(2) Pengerusi Jawatankuasa Qaryah hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan bagi masjid di bawah jagaannya dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai wakil untuk dan bagi pihak Majlis.

(3) Tiada perubahan material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis bolehlah memberi arahan yang munasabah kepada Jawatankuasa Qaryah untuk memelihara kepentingan Qaryah dan masjid.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.