ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 161. Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Semasa pembicaraan rayuan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mendengar hujah pihak merayu atau Peguam Syarienya, jika dia hadir, dan jika difikirkan perlu mendengar hujah pihak menentang atau Peguam Syarienya jika dia hadir, dan boleh mendengar pihak merayu atau Peguam Syarienya jika dia hadir, dan boleh mendengar pihak merayu atau Peguam Syarienya menggulung dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh sama ada mengekalkan, membatalkan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan kes itu atau boleh mengarahkan perbicaraan semula atau boleh menghantar semula perkara itu dengan pendapat Mahkamah Rayuan Syariah kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu, atau boleh membuat apa-apa perintah yang lain yang difikirkan adil dan boleh dengan perintah itu melaksanakan apa-apa kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Mahkamah yang membicarakan kes itu.

(2) Semasa perbicaraan rayuan Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan satu hukuman yang lain patut dijatuhkan, memansuhkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah yang membicarakan kes dan menggantikan dengan satu hukuman yang lain yang dibenarkan oleh undang-undang (sama ada lebih atau kurang dari hukuman asal) yang sepatutnya telah dijatuhkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.