ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERATURAN AM



Seksyen 70. Menyampaikan panggilan.

(1) Proses Mahkamah hendaklah disampaikan oleh seorang Pegawai Mahkamah atau oleh orang lain yang diberikuasa oleh Mahkamah dan boleh disampaikan di mana-mana tempat di dalam Negeri dan pada bila-bila masa.

(2) Di dalam pembicaraan jenayah penyampaian hendaklah dibuat kepada orang itu sendiri.

(3) Di dalam pembicaraan mal penyampaian hendaklah dibuat kepada orang itu sendiri melainkan dengan sebab-sebab yang tertentu maka Mahkamah hendaklah memerintahkan penyampaian dengan jalan lain penyampaian dan hendaklah dibuat dengan jalan apa yang diperintahkan oleh Mahkamah itu dan hendaklah berkuatkuasa seperti penyampaian yang dibuat kepada orang itu sendiri.

(4) Penyampaian kepada orang itu sendiri hendaklah dibuat dengan menyerahkan salinan asal dokumen itu atau salinan yang telah dimeterikan dan ditandatangani. Jika ia enggan menerimanya maka bolehlah surat itu ditunjukkan kepadanya dan ditinggalkan dekat dengan dia.

(5) Seseorang yang telah menyampaikan apa-apa dokumen atau proses hendaklah dengan serta-merta memfailkan dalam Mahkamah suatu memorandum menunjukkan tempat, waktu dan cara penyampaian.

(6) Penyampaian boleh dibuktikan, jika diperlukan, dengan keterangan bersumpah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.