ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
WATAK BILA BERKAITAN



Seksyen 42. Watak yang dahulunya tidak baik tidaklah berkaitan kecuali bagi menjawab.

Dalam pembicaraan jenayah nyataan bahawa orang yang dituduh itu mempunyai watak yang tidak baik tidaklah berkaitan, melainkan jika keterangan telah diberi bahawa ia mempunyai watak yang baik, dan dalam hal yang demikian nyataan itu adalah berkaitan.

Huraian 1
-

Seksyen ini tidaklah dipakai bagi kes di mana watak tidak baik seseorang adalah dengan sendirinya suatu nyataan yang menjadi soal.

Huraian 2
-

Sesuatu sabitan yang dahulu adalah berkaitan sebagai keterangan mengenai watak yang tidak baik.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.