ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 47. Bidangkuasa menyemak dan mengawas.

(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mengawasi secara am dan bidangkuasa menyemak ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak pihak atau orang yang berkenaan, pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding sama ada Mal atau Jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah meminta dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen 44 (2) atau memberi apa-apa arahan yang perlu di sisi keadilan.

(2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah meminta rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang menjadi soal itu hendaklah dihentikan sementara menanti arahan seterusnya dari Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.