ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN V - PENYATA



Seksyen 29. Kuasa dapat akses ke bangunan dokumen, dsb.

(1) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, Setiausaha hendaklah pada setiap masa mempunyai akses yang penuh dan bebas ke semua tanah, bangunan dan tempat itu dan kepada semua buku dan dokumen lain dan boleh memeriksa tanah, bangunan dan tempat dan boleh memeriksa, menyalin atau membuat cabutan daripada mana-mana buku atau dokumen tanpa dikenakan apa-apa bayaran sama ada sebagai fee atau upahan.

(2) Setiausaha boleh mengambil milik mana-mana buku atau dokumen yang dia ada akses kepadanya di bawah subseksyen (1) jika pada pendapat Setiausaha -

(3) Jika pada pendapat Setiausaha adalah perlu bagi maksud menentukan perniagaan bagi sesuatu tempoh memeriksa apa-apa buku, akaun atau rekod yang disimpan selain daripada dalam bahasa kebangsaan, dia boleh melalui notis yang ditandatanganinya menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan di sepanjang tempoh itu supaya memberi dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu (iaitu masa yang tidak kurang dari pada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis itu) terjemahan dalam bahasa kebangsaan bagi buku, akaun atau rekod yang berkenaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.