ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
Suratan Awam
Seksyen 61. Bukti suratan resmi tertentu.
(1) Suratan awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut:
(a)
tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di dalam Persekutuan dalam mana-mana jabatannya-
(i) dengan rekod bagi jabatan itu, yang diperakui oleh ketua bagi jabatan masing-masing; atau
(ii) oleh seseorang Menteri sekiranya bagi Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri Kerajaan Negeri (jika ada) atau Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya bagi Kerajaan Negeri; atau
(iii) dengan apa-apa suratan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan itu;
(b)
perjalanan mesyuarat Parlimen, atau mana-mana badan perundangan Persekutuan dan badan perundangan mana-mana Negeri-
dengan minit mesyuarat badan itu, atau dengan Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang diterbitkan, atau, dengan salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
(c)
perjalanan mesyuarat sesuatu Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Malaysia-
dengan suatu salinan minit mesyuaratnya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, atau dengan sesuatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan yang tersebut itu;
(d)
tindakan Eksekutif atau perjalanan mesyuarat badan perundangan sesebuah negara asing-
dengan
Warta
yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di dalam negara itu sebagai yang demikian itu, atau dengan suatu salinan yang diperakui yang mengandungi meteri negara itu atau pemerintah atau dengan sesuatu pengiktirafan atasnya dalam sesuatu Ordinan atau Akta Malaysia;
(e)
suratan awam dari apa-apa jenis lain di dalam sesebuah negara asing-
dengan naskhah asalnya atau dengan suatu salinannya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, berserta dengan suatu perakuan yang dimeteri dengan meteri seorang notari awam atau seseorang pegawai konsul Malaysia yang menyatakan bahawa salinan itu adalah diperakui dengan sempurnanya oleh pegawai yang ada naskhah asalnya itu di bawah jagaannya yang sah di sisi undang-undang dan apabila jenis suratan itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.