ORDINAN 4 TAHUN 1991
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - AM



Seksyen 25. Pertukaran nama Mahkamah Kadi.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasanya Ordinan ini, Mahkamah Kadi hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah dianggap sebagai Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Ordinan ini.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya Ordinan ini memegang jawatan Kadi hendaklah, tertakluk kepada Ordinan ini, dianggap sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya Ordinan ini memegang jawatan Kadi Besar hendaklah, tertakluk kepada Ordinan ini, dianggap sebagai Ketua Hakim Syarie.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.