Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN XI



Seksyen 59. Pemakaian Enakmen Ini.

(1) Pemakaian Enakmen ini, tertakluk kepada subseksyen (2), Enakmen ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu.

(2) Tidak ada apa-apa dalam Enakmen ini yang menghalang seseorang yang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya Enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat pilihan sedemikian, maka peruntukan Enakmen ini, mutatis mutandis terpakai ke atasnya seperti juga peruntukan-peruntukan tersebut terpakai ke atas seseorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.