ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 169. Buku Igama.

Barangsiapa mencitak atau menerbit atau mengedarkan atau dengan jalan lain samada untuk jualan atau diberi percuma atau sesiapa yang ada dalam simpanannya sesuatu buku atau dokumen yang memberi atau dimaksudkan memberi pengajaran yang mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan Hukum Syarak adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan semua buku-buku, suratan-suratan, dokumen-dokumen termasuk pita rakaman dan bungkusan-bungkusan hendaklah dirampas dan dimusnahkan atau sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.