ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 95. Penarikan balik tuntutan.

(1) Plaintif boleh, dengan kebenaran Mahkamah, pada bila-bila masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberikan notis dalam Borang MS 19 kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada defendan.

(2) Jika plaintif menarik balik mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1), defendan adalah berhak mendapat kos prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.