ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 33. Pindaan ubahsuaian atau pembetulan fatwa.

(1) Mufti boleh meminda, mengubah atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah terlebih dahulu dikeluarkan olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu darinya.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan ke atas sesuatu fatwa hendaklah dianggap menjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) dan (4) seksyen 31 dan subseksyen (2) seksyen 32 hendaklah terpakai.

(3) Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat mengikut kehendak subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.