ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 28. Membetulkan kesilapan.


(1) Jika Ketua Pendaftar berpuashati melalui akuan berkanun atau selainnya bahwa sesuatu catatan berhubung dengan perkahwinan adalah silap pada bentuk atau isinya, ia boleh, dihadapan orang-orang yang bernikah itu, atau, jika mereka tidak ada, dihadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memutang sesuatu catatan dalam buku daftar nikah yang silap itu dan membuat catatan yang betul didalamnya.

(2) Ketua Pendaftar hendaklah menanda tangan dan mentarifkan pembetulan yang dibuat dalam buku daftar nikah itu.

(3) Tiap-tiap catatkan yang dibuat dibawah seksyen - kecil (1) hendaklah diaku saksi oleh saksi-saksi yang hendaklah catatan telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.