ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 105. Bantahan-bantahan.

Mana-mana orang bolehlah membuat bantahan kepada Majlis terhadap mana-mana tuntutan bayaran zakat dan fitrah ke atasnya. Majlis hendaklah menimbang bantahan itu dan boleh memerintahkan bahawa orang itu hendaklah membayar amaun zakat dan fitrah yang dituntutkan ke atasnya, atau sekadar yang kurang amaunnya bagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak dikehendaki daripada membayar zakat dan fitrah atau salah satunya di dalam sesuatu tahun atau beberapa tahun. Keputusan Majlis terhadap bantahan itu hendaklah muktamad dan tidaklah boleh disoal lagi di dalam mana-mana mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.