ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 162. Penghakiman hendaklah diperakukan kepada mahkamah yang membicarakan.

(1) Apabila sesuatu kes diputuskan atas rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memperakukan penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah yang membicarakannya.

(2) Mahkamah yang membicarakan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah sebagaimana yang sesuai dengan penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan Syariah itu dan, jika perlu, rekod kes itu hendaklah dipinda.

(3) Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberitahu Mahkamah yang membicarakan mengenai hal itu, dan jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah dibenarkan, hukuman atau perintah Mahkamah yang membicarakan hendaklah dikuatkuasakan dengan segera, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan menghadkan atau menyekat kuasa melanjutkan masa yang diberi kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 155.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.