ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN II - AM



Seksyen 4. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Terengganu di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Terengganu.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Terengganu.

(4) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Ketua Hakim Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.