ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN II - PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN



Seksyen 14. Bahan-bahan tertentu hendaklah disifatkan sebagai sulit.

(1) Tertakluk kepada seksyen ini, tiap-tiap orang yang terkelas hendaklah menganggap dan mengurus bahan terkelas sebagai sulit, dan, jika dia seorang pegawai, dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan pihak berkuasa yang ditetapkan satu akuan menyatakan yang dia akan berbuat sedemikian itu.

(2) Tiada apa-apa bahan terkelas boleh dikemukakan atau digunakan dalam Mahkamah atau selainnya, kecuali atau -

(3) Tiada seorang pegawai pun boleh dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah -

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang -

Dengan syarat bahawa Setiausaha boleh menahan dari menyiarkan apa-apa butir mengenai mana-mana orang yang perenggan ini terpakai baginya jika Setiausaha berpuas hati bahawa, sebelum apa-apa penyiasatan atau siasatan bermula berkenaan dengan apa-apa kesalahan atau pengelakan yang tergolong di bawah seksyen 59 atau 60, orang itu telah dengan rela hati menzahirkan maklumat yang lengkap dan butir-butir yang penuh berhubungan dengan kesalahan atau pengelakan itu kepada Setiausaha atau kepada mana-mana pegawai berkuasa.

(5) Dalam seksyen ini -


"bahan terkelas" ertinya apa-apa penyata atau lain-lain dokumen yang dibuat bagi maksud-maksud Enakmen ini berhubung dengan pendapatan atau aset mana-mana orang atau perkongsian dan apa-apa maklumat atau lain-lain perkara atau benda yang sampai kepada pengetahuan orang terkelas atas sifatnya sebagai sedemikian;

"orang terkelas" ertinya-

"pegawai" ertinya seseorang yang mempunyai tugas rasmi di bawah, atau diambil kerja untuk melaksanakan, peruntukan-peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.