ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 45. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.