ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 6. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah Cerai.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk yang akan diberi kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi bagi pentadbiran wajar Enakmen ini.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik beberapa orang Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk sebagaimana yang perlu bagi mana-mana Kariah Masjid yang akan diberi kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi bagi pentadbiran wajar Enakmen ini.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta melantik mana-mana anggota diplomatik Malaysia di mana-mana negara, sama ada atas nama atau jawatan untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Kesiksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.