ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH



Seksyen 29. Penubuhan Mahkamah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan sebuah Mahkamah Apil Syar'iah dan sebuah Mahkamah Tinggi Syar'iah bagi Negeri ini yang hendaklah ditempatkan di Kuala Terengganu.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syar'iah di tempat-tempat yang difikirkan patut dan boleh menentukan kawasan bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.