ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 209. Kumpulanwang tidak dituntut.

(1) Kumpulanwang dan wang di dalam Mahkamah tidak dituntut selepas 15 tahun hendaklah, kecuali jika Mahkamah mendapat notis mengenai mana-mana tuntutan terhadapnya oleh seorang yang belum dewasa atau seorang yang tidak siuman, menjadi harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal.

(2) Jika ada apa-apa tuntutan dibuat terhadap kumpulanwang atau wang ini selepas dari itu Mahkamah boleh menggunakan budibicaranya untuk sama ada memerintahkan dibayar jumlah tuntutan itu ataupun nilainya kepada plaintif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.