ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Pendapat pihak ketiga bila relevan



Seksyen 38. Bila pendapat atas pertalian adalah relevan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang pertalian seseorang dengan seorang lain, maka pendapat seseorang tentang wujudnya pertalian itu seperti yang ternyata melalui kelakuannya iaitu sama ada seseorang itu keluarga atau selainnya tidak dengan cara istimewa dapat mengetahui perkara itu, ialah suatu qarinah.

MISALAN

(a) Soalnya ialah sama ada A dan B telah berkahwin. Fakta bahawa mereka telah biasanya diterima dan disifatkan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri adalah qarinah.

(b) Soalnya ialah sama ada A adalah anak B yang sah. Fakta bahawa A telah sentiasa disifatkan sedemikian itu oleh keluarganya adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.