ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 9 - PENGGANTUNGAN, PEREMITAN DAN PERINGANAN HUKUMAN



Seksyen 132. Kuasa untuk menggantungkan atau meremitkan hukuman.

(1) Apabila mana-mana orang telah dijatuhkan hukuman bagi suatu kesalahan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Mufti boleh pada bila-bila masa, tanpa syarat-syarat, yang diterima oleh orang yang telah dijatuhkan hukuman itu, menggantungkan atau meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada hukuman itu.

(2) Apabila sesuatu permohonan dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi penggantungan atau peremitan sesuatu hukuman, Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki Hakim yang membuat sabitan itu supaya menyatakan pendapatnya sama ada permohonan itu boleh dibenarkan atau ditolak dan Hakim tersebut hendaklah menyatakan pendapatnya sewajarnya.

(3) Jika mana-mana syarat bagi penggantungan atau peremitan hukuman itu, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, tidak dipatuhi, Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan penggantungan atau peremitan itu; maka orang yang hukumannya telah digantungkan atau diremitkan itu boleh, jika dia telah dibebaskan, ditangkap oleh mana-mana pegawai polis atau Pegawai Penguatkuasa Agama tanpa waran dan ditahan oleh seorang Hakim untuk menjalani bahagian hukuman yang belum selesai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.