ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VIII - MASJID-MASJID



Seksyen 126. Sekatan kepada masjid-masjid baru.


(1) Tiada seseorang boleh mendirikan sebuah Masjid atau mewakafkan atau dengan apa cara mengguna mana-mana bangunan yang ada sedia terdiri sebagai atau untuk maksud-maksud masjid dengan tiada kebenaran bertulis dari Majlis.

(2) Kebenaran itu tiada boleh diberi melainkan tapak untuk Masjid baru yang dicadangkan itu sudah atau akan dijadikan wakaf sebelum masjid itu didirikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.