ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XV - PEMBEBASAN ATAU SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 131. Akuan dari satu pembebasan atau sabitan dahulu.

(1) Akuan di atas satu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dikemukakan sama ada secara lisan atau bertulis dan boleh di dalam bentuk atau bermaksud seperti berikut -

" Yang dituduh berkata bahawa seksyen 130 Enakmen ini, ia adalah tidak boleh dibicarakan.".

(2) Akuan di atas boleh dikemukakan bersama dengan mana-mana akaun lain, tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh akuan itu hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum persoalan yang ditimbulkan oleh akaun lain itu dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.