ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK BERKEUPAYAAN
Seksyen 26. Peruntukan am tentang ketakupayaan
Jika plaintif adalah seorang orang tak berkeupayaan—
(a)
tiada penyelesaian atau kompromi boleh menjadi sah tanpa keizinan Mahkamah; dan
(b)
semua wang atau harta lain yang diperoleh untuk plaintif dalam, atau berbangkit daripada, tindakan itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah atau didepositkan di Mahkamah melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.