ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 95. Pernyataan tuntutan.

(1) Semua pembicaraan mal di dalam Mahkamah Kadi hendaklah dijalankan dengan memfail satu pernyataan tuntutan atau dengan membuat pengaduan sendiri di Mahkamah itu, dan dalam mana-mana hal pun bayaran yang ditentukan hendaklah dibayar. Jika pengaduan dibuat dengan lisan Mahkamah hendaklah membuat pernyataan tuntutan itu bagi pihak yang menuntut dan hendaklah ditandatangani dan memfailkannya.

(2) Pernyataan tuntutan itu hendaklah mengandungi nama-nama, alamat-alamat dan perihal pihak-pihak pernyataan yang ringkas dan tepat tentang alasan tindakan tanpa hujjah atau perincian yang tidak mustahak dan pernyataan pelepasan yang dituntut dan hukuman yang dikehendaki.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.