ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 3 - AFIDAVIT



Seksyen 114. Salinan dokumen hendaklah dilampirkan pada afidavit.

(1) Salinan apa-apa dokumen yang hendak digunakan berhubungan dengan sesuatu afidavit hendaklah dilampirkan pada afidavit itu sebagai barang kes.

(2) Sesuatu barang kes pada sesuatu afidavit hendaklah dikenal pasti melalui perakuan orang yang dihadapannya afidavit itu diangkat sumpah, dan perakuan itu hendaklah dalam Borang MS 27.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.