ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993
BAHAGIAN II - PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN
Seksyen 6. Tugas-tugas Pengerusi.
Pengerusi hendaklah mempunyai kuasa untuk -
(a) mengarahkan Setiausaha Jawatankuasa supaya memanggil mesyuarat;
(b) mempengerusikan semua mesyuarat dan semasa ketiadaannya, mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi; dan
(c) mengedarkan di kalangan anggota untuk keputusan mereka atas apa-apa perkara yang patut disegerakan dan keputusan itu hendaklah disahkan oleh Jawatankuasa dalam mesyuaratnya yang akan datang.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.