ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 111. Bersekedudukan semula antara orang-orang bercerai.


(1) Seseorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan sah, bersekedudukan semula dengan isterinya tanpa terlebih dahulu melafazkan rujuk yang sah mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang isteri yang mengetahui bahawa dia telah dengan sahnya diceraikan bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Seseorang suami yang setelah menceraikan isterinya dengan sah bersekedudukan semula dengan isterinya tanpa memberitahu isterinya tentang ......................... boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.