ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - PELBAGAI



Seksyen 37. Siksa bagi keterangan palsu.

Mana-mana orang dengan sengaja memberi keterangan palsu pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman, atau dengan sengaja mereka keterangan palsu dibagi maksud digunakan pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit dan mana-mana orang dengan sengaja memberi atau mereka keterangan palsu dalam mana-mana hal lain, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai satu tahun dan bolehlah juga dikenakan denda sebanyak dua ribu ringgit.

Huraian
Suatu pembicaraan di hadapan Mahkamah ialah pembicaraan kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.