ENAKMEN 8 TAHUN 2006
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
Bab 4 - Peruntukan khas berhubungan dengan testimoni saksi



Seksyen 114. Hak pihak menentang tentang tulisan yang digunakan untuk mengingatkan semula

Apa-apa tulisan yang disebut di bawah seksyen 112 atau 113 hendaklah dikemukakan dan ditunjukkan kepada pihak menentang, jika dia menghendakinya; pihak itu boleh, jika dia suka, memeriksa balas saksi itu mengenai tulisan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.