ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XIX - PROSIDING MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 174. Rayuan.

(1) Seseorang yang telah dihukum oleh Mahkamah Rendah Syariah di bawah Bab ini boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Peruntukan Bab XVI hendaklah, setakat yang sesuai, terpakai kepada rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengubah atau membatalkan hukuman yang mengenainya rayuan dibuat.

(3) Peruntukan Bab XVIII juga hendaklah dipakai kepada semua tindakan oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.