ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 53. Pemegangan amanah masjid dan tanah yang berkaitan.


Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua masjid di dalam Melaka dan setiap masjid bersama-sama dengan tanahnya dan mana-mana tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi faedah masjid, selain daripada tanah Kerajaan atau tanah rizab bagi maksud awam, hendaklah sebaik sahaja didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56/65] dan tanpa apa-apa pindahhak, penyerahanhak atau pindahmilik, terletakhak kepada Majlis bagi maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.