ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas



Seksyen 26. Qarinahnya kenyataan mengenai mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu undang-undang bagi sesebuah negara, apa-apa kenyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan Negara itu, dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang itu, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa sebagai suatu laporan mengenai keputusan itu, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.